Secara umumnya coklat dibahagikan kepada 2 jenis iaitu
coklat tulen (Real chocolate)/Chocolate couverture) dan
coklat compound.
Tetapi pada pandangan masyarakat terdapat satu lagi jenis coklat yang
terdapat dipasaran iaitu coklat masakan (cooking chocolate)
Hanya terdapat 2 jenis coklat saja yang sesuai untuk dibuat candy:
1. Coklat tulen/real coklat/couverture coklat
2. Coklat compound
1.
Coklat Tulen
Sejenis
coklat yang dihasilkan menggunakan cocoa butter (lemak koko) .Contoh
coklat yang dibuat menggunakan coklat tulen ialah coklat ferrore rocher
,Cadbury ,Fidani dan semua coklat mahal.Coklat tulen yang belum dibentuk
seperti coklat bar atau coklat handmade hanya dijual di speciality
shop,selalunya ia dijual sebagai
Ø Dark Chocolate (cocoa,cocoa butter & gula)
Ø Milk Chocolate (cocoa, milk powder,cocoa butter & gula)
Ø White Chocolate (milk powder,cocoa butter & gula)
2. Coklat Compound
Sejenis
coklat yang diperbuat menggunakan lemak sayur,sebagai pengganti cocoa
butter.Boleh dijadikan candy tetapi lebih keras berbanding dengan candy
yang diperbuat dari coklat tulen.Lebih stabil pada suhu bilik dan paling
sesuai untuk digunakan sebagai coklat coating.
Juga dijual sebagai dark,milk dan white coklat.
Bagi
membezakan antara coklat tulen dan compound,teknik yang selalu
digunakan adalah melihat takat kecairan coklat apabila dipegang.Apabila
coklat mudah cair selepas dipegang maka kebarangkalian coklat tersebut
terdiri daripada coklat tulen.
Kenapa Harga Handmade coklat berbeza-beza???
Coklat Handmade berbeza-beza mengikut jenis coklat yg digunakan samada coklat real @ coklat compound.
Coklat
Real lagi mahal berbanding coklat compound kerana coklat real
menggunakan 100% bahan daripada koko. Berbeza dengan coklat compund yang
menggunakan lemak sayur sbg pengganti.
Saya gunakan Coklat Compound untuk membuat semua coklat Praline, Oreo, Lolli Choc, dan juga Almond Cluster saya... mmmmm...yummyyyy...sape yg nak bolehla tempah yeee...
Emailkan sebarang pertanyaan dan tempahan anda kepada hek_elle79@yahoo.com
/sms @ whatsapp ke 0133987579 (shima)